
Program ini dilihat mampu mengintegrasikan perpaduan kaum dan budaya rakyat Malaysia selain meningkatkan pemahaman generasi muda terutamanya terhadap Gagasan 1Malaysia seperti mana yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.
Ketua Pengarah RTM, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, Impian 1Malaysia juga dilihat menjadi satu landasan dalam usaha mendekatkan generasi muda dalam mengenali dan memahami asal usul, budaya dan kehidupan kepelbagaian etnik di negara ini.
“Selain itu, program ini juga memberi ruang untuk rakyat Malaysia mentafsir, mendefinisikan serta menghayati konsep 1Malaysia mengikut acuan serta panduan yang diberi dengan lebih terperinci,” kata beliau.
Menampilkan tagline “Sejuta Impian, Sejuta Tafsiran Dalam Impian 1Malaysia”, program ini turut memberi peluang pada penonton untuk memilih peserta bersama impian yang terbaik menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
10 peserta yang terpilih merealisasikan impian mereka menerusi program ini ialah; Nurzulayla Hamedan (Melaka), Farah Lydia Mokhtar (Kuala Lumpur) Donny Thomas (Sabah) Azrol Johan (Pahang), Teng Swee Kim (Selangor), Hassan Suliman (Labuan), Siti Sarah Lee (Kuala Lumpur), Nurhafeezha Ali (Sarawak), Nor Yazmin Nordin (Kedah) dan Yogaraj Vijayakumar (Johor Bahru).
Tiga pemenang impian terbaik akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sehingga RM15,000 berserta beberapa hadiah iringan.
Dikendalikan oleh dua pengacara berbakat, Qushairi Razali (Qi) dan Nur Izzati Abul, Impian 1Malaysia akan mula menemui penonton TV1, pada 10 Ogos 2010, setiap Selasa, jam 9.30 malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: