Friday, August 6, 2010

Gembira tengok anak ke universiti


KAH PIN mencium bapanya sambil diperhatikan adik-beradiknya yang lain di USM, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Hajat seorang bapa yang ingin melihat salah seorang anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ditunaikan oleh anak bongsunya.

Ng Yun Sin, 63, ketika ditemui pada majlis konvokesyen anak gadis bongsunya, Ng Kah Pin, 23, di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam berkata, dia gembira kerana hajat itu tercapai juga akhirnya.

"Sebelum menutup mata, saya memang mengimpikan untuk melihat salah seorang anak saya berjaya ke menara gading.

"Akhirnya tercapai juga hajat saya," katanya yang bertongkat kerana cacat ekoran terlibat dalam kemalangan kira-kira 36 tahun lalu.

Kah Pin merupakan satu-satunya anak Yun Sin daripada empat adik-beradik yang berjaya menggenggam segulung ijazah.

"Dia memang pandai baca (belajar), dia tidak baca darjah empat tapi terus darjah lima.

"Dua abang dan seorang kakaknya bekerja biasa saja... saya harap Kah Pin dapat kerja lebih baik," ujarnya yang berasal dari Kampung Ampang Baru, Ipoh, Perak.

Kah Pin, graduan Ijazah Sarjana Muda Pemodelan Komputer, kini menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Matematik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: