Sunday, August 8, 2010

Gaya futuristik


METAL Mohawk diinspirasi daripada filem Star Trek dan Poisin Ivy.


TIDAK ramai yang berani tampil dengan fesyen keterlaluan biar pun untuk kelihatan cantik. Apatah lagi jika fesyen yang cuba ditonjolkan bersifat futuristik. Tentu agak ganjil dan tidak sesuai dengan budaya semasa. Tetapi sesekali mencuba tentu tidak ada salahnya.

Di Tokyo, Jepun, fesyen bulu mata bermula sejak 2005 lagi. Ketika itu, masyarakatnya menganggap pakaian tidak cukup untuk menyerlahkan penampilan.

Justeru itu, pengasas jenama Shu Uemura mengilhamkan idea kreatif bulu mata yang menjadi inovasi dunia fesyen.

Sensasi bulu mata itu akhirnya diterima di seluruh dunia.

Semenjak koleksi salon bulu mata Tokyo 2006, “Ekspresi fesyen pada mata” kini dijadikan aksesori fesyen anggun.

Trend itu juga kian diterima di negara Barat apabila satu kerjasama antara salon bulu mata Tokyo dengan pereka antarabangsa, Viktor dan Rolf dimeterai pada 2008.

Usaha tersebut mengangkat bulu mata palsu sebagai aksesori fesyen yang utama.

Berbeza dengan koleksi bulu mata bertemakan keindahan alam semula tahun lepas, pada tahun ini Shu Uemura memperkenalkan ciri istimewa kota masa depan, Neo Tokyo 20XX. Mewah, fantasi, atau feminin, ekspresi individu merupakan keutamaannya.

Sentuhan kali ini merubah seni bulu mata palsu daripada kebiasaannya, dan kini tampil dengan keanggunan artistik serta kreativiti yang tidak terbatas.

Tokyo 20XX

Mungkin ramai yang tertanya apa yang dimaksudkan Tokyo 20XX. Di negara matahari terbit, ia merupakan pencakar langit yang menghasilkan bayang-bayang menarik di jalanan.

Monumen-monumen unik pula mengilhamkan rekaan grafik yang moden. Dengan ciri estetika serta keanggunan era baru, wanita neo-Tokyo 20XX berpakaian siber dan seksi dengan secalit solekan alaf baru.

Peminat fesyen seolah-olah dibawa ke alam maya yang dipenuhi dunia digital tanpa batasan antara realiti dan fantasi.

Inilah gaya futuristik, Neo Tokyo Odyssey.

Dalam koleksi ini, Shu Uemura membawa anda ke kota imaginasi yang futuristik, sebuah pusat bagi gaya hidup urban yang berbeza dan berinovasi.

Ia merupakan rekaan solekan mata yang eksperimental. Gaya ini merupakan pembaharuan gaya “flaggy” yang ikonik dan menjadi revolusi rekaan solekan mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: