Monday, August 9, 2010

Gaji amah RM500 sudah cukup


BANYAK pihak berpendapat gaji yang sesuai untuk amah Indonesia ialah sekitar RM500 sebulan kerana jika lebih tinggi daripada itu majikan mereka akan menanggung beban.


KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) menganggap bayaran gaji sebanyak RM500 hingga RM600 sebulan kepada pembantu rumah adalah memadai.

Timbalan Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata, jumlah gaji itu mengambil kira segala kos yang ditanggung oleh majikan termasuk menyediakan kemudahan lain.

"Majikan dah tanggung banyak kemudahan termasuk tempat tinggal, makan minum, tiket kapal terbang, permit dan sebagainya," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai keputusan kerajaan Malaysia menolak permintaan Indonesia untuk menetapkan gaji minimum sebanyak RM800 bagi amah dari republik tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: