Saturday, August 7, 2010

Ferrari 430 Scuderia janjikan kepuasan pembeli


SEBAHAGIAN daripada koleksi kereta mewah dan Lamborghini (atas) yang menanti pelanggan di galeri jualan Wang Selamat.


BAGI penggemar Ferrari, model F430 Scuderia mampu membuatkan hati berdegup kencang. Model yang dirasmi oleh bekas pelumba Ferrari, Michael Schumacher itu cukup hebat meskipun ia sebuah kereta import terpakai.

Dengan penampilan penuh ciri-ciri moden, hasil reka bentuk menarik dan rumit, berkejuruteraan tinggi dan sporty mampu menarik perhatian setiap yang melihat model itu.

Oleh kerana permintaan jenama kereta tersebut di negara ini semakin meningkat, maka syarikat-syarikat pengedar seperti Wang Selamat Sdn. Bhd, turut membawa masuk kereta berprestij tersebut ke Malaysia.

Syarikat tersebut juga merupakan pemegang permit import (AP) yang membawa masuk pelbagai jenis kereta mewah dan berprestij untuk pasaran tempatan.

Dengan tiga pusat pameran utama iaitu di Jalan Ampang, Damansara Utama dan Jalan Kuching serta lebih daripada 100 pusat penyelenggaraan kereta, menjanjikan kepuasan setiap pembeli.

Semua jenama utama Ferrari yang berprestij boleh dilihat di ketiga-tiga pusat pameran tersebut bakal memenuhi cita rasa pelanggan.

Antara tarikan utama di ruang pameran Jalan Ampang ialah Lamborghini-Maserati, Ferarri, Bentley, Porsche dan pelbagai jenis kereta import sebanyak 200 unit boleh didapat.

Pengurus Cawangan Wang Selamat Sdn. Bhd, Mohd. Khairi See Thoe berkata, antara kesemua model yang terdapat di syarikatnya, model Ferrari 430 Scuderia merupakan model terhad yang jarang diedarkan di pasaran tempatan.

"Kelebihan kereta ini ialah ia dihasilkan dengan memberikan tumpuan kepada kadar berat, perapi minimum dan teknologi inovatif untuk memenuhi keselesaan pemilik.

"Dengan menggunakan enjin V8, 4,308 CC, 510 HP dan 8,500 RPM berteknologi perisian Formula 1 (F1) terbaru, superfast mengurangkan masa gearchange kepada hanya 60 milisaat.

"Kawalan penarikan baru menggabungkan pembezaan elektronik E-Diff, penarikan F1-Trac dan kawalan kestabilan dalam sistem bersepadu tunggal bakal memberikan kepuasan buat mereka yang memiliki model ini," katanya.

Menurutnya lagi, sempena musim perayaan yang bakal menjelang, Wang Selamat menawarkan kadar faedah serendah 3.25 peratus untuk kesemua model yang dijual.

"Di sini, kami lebih mengutamakan kepuasan pembeli dengan menyediakan pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat di syarikat-syarikat pengedar lain dari model Mercedes, BMW, kenderaan sport utiliti (SUV) sehinggalah ke model kereta Ferrari," katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai produk yang ditawarkan Wang Selamat Sdn. Bhd. boleh hubungi talian 03-42562252 dan 03-62508363 untuk keterangan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: