Friday, August 6, 2010

Felda labur RM32 juta bina hotel


MOHD. YUSOF melihat hidangan kambing bakar selepas melancarkan pakej Felda D'Saji dan Bufet Ramadan di Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU


Hotel milik Felda, Felda Residence Tanjung Leman di Johor yang berharga RM32 juta dijangka mula beroperasi akhir tahun ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, hotel bertaraf tiga bintang yang berkonsepkan resort itu akan memiliki 100 bilik dan dijangka ditawarkan pada harga berpatutan kepada pelanggannya.

Hotel tersebut turut memiliki kemudahan asrama yang mampu memuatkan sehingga 320 pelajar dalam satu-satu masa.

“Hotel ini sangat unik kerana menawarkan panorama yang menarik kerana ia terletak berhadapan dengan Pulau Sibu,” katanya pada majlis pelancaran pakej Felda D’Saji dan Bufet Ramadan di sini semalam.

Pada masa sekarang, Felda memiliki dua buah resort masing-masing di Pekan, Pahang dan Perak selain Felda Residence di sini.

Selain itu, Mohd. Yusof menjelaskan, selain lokasinya yang strategik, hotel berkenaan turut terletak berhampiran Tanah Rancangan Gugusan Tenggaroh, Johor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: