Tuesday, August 10, 2010

Enjin pesawat terhenti sebab helang


ENJIN pesawat diperiksa oleh seorang jurutera selepas seekor helang disedut masuk semasa ia mahu berlepas di sebuah lapangan terbang di Sitka kelmarin.


ANCHORAGE - Gara-gara seekor helang, sebuah pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Alaska Airlines yang sedang memecut untuk terbang tiba-tiba terhenti di sebuah lapangan terbang kecil di Sitka, tenggara Alaska, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Jurucakap syarikat penerbangan itu, Paul McElroy berkata, kejadian berlaku pada pagi kelmarin apabila burung itu disedut masuk ke dalam enjin kiri pesawat.

Pesawat yang membawa 134 penumpang dan lima krew itu sedang memecut sebelum satu enjin kapal terbang tersebut tiba-tiba berhenti secara automatik kira-kira 915 meter dari hujung landasan kerana burung tersebut tersangkut di dalam enjin.

Ia kemudian ditunda balik ke terminal untuk dibaik pulih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: