
Drama penuh komedi ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Joey, Noorkhiriah, Fauzi Nawawi, Rosnah Mat Aris dan Amyza Adnan.
Ejen 2x5 ini menceritakan tentang sebuah agensi penyiasatan bernama Rendang P.I dan diterajui oleh Fauzi Lambada, lakonan Fauzi Nawawi. Ejennya merupakan dua orang penyiasat yang tidak berpengalaman iaitu Dina Sekali (Nurkhiriah) dan Kitul (Joey Daud). Fauzi telah mengambil mereka secara ‘bidan terjun’ sementara mencari penyiasat yang benar-benar berkaliber.
Dina Sekali dan Kitul sentiasa merungut kerana Fauzi Lambada tidak memberikan mereka kes-kes yang berat. Namun, pada suatu hari, mereka menerima satu kes berat yang membabitkan kematian seorang VIP iaitu Datuk Kamal.
Sebagai langkah pertama penyiasatan, kedua-dua mereka bertemu dengan pembantu rumah Datuk Kamal, iaitu Markonah.
Menurut Markonah, kematian Datuk Kamal memang diingini oleh sesetengah keluarganya. Markonah juga mengesyaki Madam X membunuh majikannya tetapi tidak mempunyai cukup bukti. Oleh sebab itulah Markonah mahu mereka menyiasat misteri kematian Datuk Kamal.
Berjayakah Dina Sekali dan Kitul menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Kamal? Siapakah pula Madam X yang disyaki oleh Markonah? Dan apakah motif sebenar pembunuhan tersebut? Untuk menyaksikan komedi penyiasatan ini, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Ejen 2X5 setiap Ahad, jam 8.30 malam bermula 8 Ogos 2010.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: