Tuesday, August 10, 2010

Dunia Herbs perkenal duta


Rushdi Abdullah bersama Nora Danish pada pelancaran laman sesawang Dunia Herbs dan memperkenalkan duta syarikat itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Produk berasaskan tumbuh-tumbuhan herba diyakini mampu memberi cabang rawatan dalam kaedah perubatan dan kecantikan.

Menjadikan tumbuhan herba sebagai produk utama dalam dunia perniagaan, syarikat ini, Dunia Herbs Sales & Marketing (Dunia Herbs) terus menunjukkan potensinya sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju melalui prestasinya dalam memasarkan produk perintis, losyen Mustajab Pati Halia.

Memulakan operasi perniagaan pada tahun 2005, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera ini sedang berkembang maju dalam memasarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti berasaskan herba.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dunia Herbs Sales & Marketing, Rushdi Abdullah, Dunia Herbs kini telah melangkah dengan lebih jauh apabila produk-produk keluarannya telah meneroka ke pasaran Asia Barat dengan termeterainya perjanjian kerjasama di antara Best Product Establishment dari Arab Saudi yang bertindak sebagai syarikat tunggal dan rakan pengedar Dunia Herbs bagi pasaran di situ.

Dalam pada itu dia turut memperkenalkan pembelian produknya secara online dengan pelancaran laman sesawang Dunia Herbs yang baru.

''Ini bagi membolehkan pengguna menjadi ahli dan mendapatkan diskaun yang menarik di samping mempermudahkan pelanggan mengetahui produk-produk terbaru keluaran syarikat ini selain memberitahu tentang aktiviti-aktiviti terkini serta promosi yang dijalankan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikan duta dan pelancaran laman sesawang Dunia Herbs yang baru iaitu www.duniaherbs.com.my, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut bersamanya ialah duta Dunia Herbs iaitu pelakon, model dan pengacara popular, Nora Danish.

Apabila ditanya mengenai faedah yang didapati pengguna berdasarkan penjualan secara online ini, Rushdi berkata, ini akan memudahkan pengguna mendapatkan apa yang saja pesanan yang diingini tanpa perlu datang ke premis-premis jualan.

Dalam pada itu Rushdi turut mengalu-alukan agar lebih banyak kajian dijalankan oleh pihak-pihak berkenaan terhadap tumbuhan herba agar ia dapat diperkenal dan dikomersialkan lagi.

''Negara ini mengandungi pelbagai herba dan masih banyak yang boleh diterokai untuk memastikan faedah yang didapati hasil daripada tumbuhan-tumbuhan berkenaan,'' jelasnya.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: