
SEMASA sarjana Taiwan, Shih Cheng-feng masih kanak-kanak, dia dipaksa berbicara menggunakan bahasa yang tidak biasa baginya. Empat dekad kemudian dia masih merasa kekurangan daripada pendidikan yang diperolehnya.
Dia membesar di bawah rejim nasionalis yang meninggalkan China, namun dia dan semua yang lain perlu bercakap dalam dialek Tanah Besar dengan pelat Beijing yang betul.
Ia termasuklah bunyi yang sukar dibuat dan perkara yang bukan lazim di negara itu. Lidah perlu digulung ke dalam dan pelajar yang bercakap dalam bahasa tempatan akan dimalukan dengan papan tanda berbunyi, Saya tidak bagus. Saya bercakap menggunakan dialek.
"Bahasa Taiwan hanya dipelajari di sekolah rendah. Mereka tidak tahu bahasa akademik walaupun ketika mahu menggunakannya...kami kehilangan nilai, kebijaksanaan warisan dan segala-galanya," kata Shih, 52, yang kini merupakan pakar sains politik di National Dong Hwa University di Bandar Hualen, Timur Taiwan.
Berjuta-juta rakyat Taiwan menempuh pengalaman yang sama seperti Shih, sekali gus membuktikan negara itu pada hari ini mempunyai peninggalan legasi linguistik kompleks yang menentukan nasibnya, namun ia juga sebenarnya memberikan beberapa kelebihan.
Kemampuan berbahasa Mandarin bermakna rakyat Taiwan tidak sukar untuk berkomunikasi dengan 1.3 bilion penduduk Tanah Besar, sekali gus memberi peluang dalam kemajuan ekonomi sejak tiga dekad lalu.
Kurang fasih bertutur

"Orang Taiwan boleh menjalankan perniagaan lebih mudah berbanding penduduk Hong Kong kerana penduduk China lebih senang berkomunikasi dengan mereka.
"Kebanyakan rakyat China menyatakan penduduk Taiwan bercakap Mandarin lebih baik daripada mereka sendiri. Terdapat banyak dialek di China, jadi ramai yang bercakap Mandarin dengan pelat yang pelbagai," kata pakar sosiologi di Academia Sinica, sebuah badan pemikir di Taipei.
Dialek Kantonis merupakan bahasa pengantara utama di Hong Kong.
Bahasa mungkin menjadi satu-satunya faktor utama yang membolehkan Taiwan menempel pada gergasi China dengan pelaburnya mempunyai aset lebih AS$100 bilion (RM316 bilion) di negara itu.
Namun ia memberi kesan yang besar. Hampir 23 juta penduduk negara itu tidak begitu fasih bertutur dalam dialek asli Taiwan.
Di Taiwan kebanyakan penduduknya berbahasa Fujian yang dibawa masuk ke negara itu oleh pendatang dari Tanah Besar 300 tahun lalu. Kini ia dikenali sebagai penduduk Taiwan.
Jutaan yang lain bertutur dalam dialek Hakka, yang juga diimport dari Tanah Besar atau satu lagi bahasa Austronesia yang langsung tiada kaitan dengan orang Cina.
"Justifikasi menguatkuasakan Mandarin menyatukan penduduk dengan bahasa yang sama, namun ada agenda tersembunyi.
"Jika kamu mahu memusnahkan bangsa, sejarah, budaya dan bahasa mereka perlu dihapuskan," jelas Shih.

Nasionalis mengambil alih Taiwan dari Jepun pada tahun 1945, sekali gus membangkitkan kesedaran penduduk bangsa Cina tempatan yang berada di bawah jajahan Jepun selama lima dekad.
Walaupun terdapat rasional ekonomi untuk mengajar Mandarin di Taiwan tujuan utamanya adalah politik, kata seorang sarjana di Soochow University di Taipei, Jennifer Wei.
"Jika nasionalis hanya memikirkan pembangunan ekonomi, mereka tidak perlu mengharamkan penggunaan bahasa Jepun," katanya.
Pakar Taiwan di Monash University, Australia, Bruce Jacobs menceritakan pengalaman melawat sebuah rumah penentang kerajaan dengan seorang rakan pada tahun 1980-an. Mereka cuba berkomunikasi menggunakan dialek Fujian namun mereka menggunakan bahasa Mandarin.
Sama seperti penjajah Britain di India dan Perancis di Algeria, nasionalis mempromosikan bahasa penjajah.
Paradoksnya, tujuan utama nasionalis kini menjadikan Taiwan dengan identiti yang unik.
Penduduk pulau itu tidak mempunyai bahasa lain selain Mandarin yang dipelajari di sekolah.
"Mandarin yang ditutur dan ditulis di Taiwan adalah berbeza dengan Tanah Besar China. Apabila rakyat Taiwan pada hari ini cuba membezakan diri dengan penduduk Tanah Besar, bahasa menjadi penanda aras budaya," kata Sinica Wang dari Academia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: