Sunday, August 8, 2010

Dewi Persik tidak seksi


DEWI PERSIK


DEWI Persik sering mencetuskan berita panas setiap kali kemunculannya. Penyanyi itu khabarnya akan kembali mewarnai dunia perfileman dengan berlakon dalam sebuah filem komedi.

Namun, dia telah berjanji untuk tidak tampil seksi. Filem terbaru penyanyi dangdut dengan nama sebenar Dewi Murya Agung itu berjudul You Can See But You Can't Touch.

Wanita yang sering berpakaian seksi itu akan berlakon bersama Dimas Seto.

"Dalam filem ini tiada adegan buka-bukaan sama sekali," ujarnya memberikan janji.

Menurut penyanyi yang kini meledak melalui lagu duet bersama Ahmad Dhani: "Filem ini 100 peratus menghiburkan lebih-lebih lagi ia bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti."

Melalui filem terbitan Maxima itu, Dewi membawakan watak Salma iaitu seorang penjual bakso.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: