Wednesday, August 11, 2010

Derita enam tahun

DIDIER Drogba men­dedahkan dia bermain sepanjang enam musim lalu dengan kecederaan groin.

pix_middle
Penyerang Chelsea berusia 32 tahun itu menjalani pembedahan hujung bulan lalu untuk mengurangkan kesakitan dialaminya.

Kecederaan itu bagai­manapun tidak menghalang bintang dan juga ketua pasukan Ivory Coast itu daripada menjaringkan 38 gol dalam semua pertandingan musim lalu ketika Blues memenangi kejuaraan berganda.

Namun selepas tampil sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua pada Perisai Komuniti, Drogba berjanji dia akan bermain dengan lebih bebas pada kempen kali ini.

“Ia adalah hernia - saya ala­minya kali pertama enam tahun lalu,” katanya. “Sepanjang enam tahun lalu, saya bergelut dengannya.

“Saya tidak boleh benar-benar bekerja, ia amat sukar kadang kala buat saya untuk bermain beberapa perlawanan. Saya juga terpaksa ponteng beberapa sesi latihan.“Saya belajar bagaimana untuk bermain dengannya, bagaimana untuk menanga­ninya. Kini saya benar-benar gembira kerana ia sudah berlalu dan saya berasa lebih bebas. Tiada lagi rasa tekanan.


“Anda tahu ia benar-benar bagus buat saya. Saya amat gembira saya memilikinya.
“Rasa agak pelik untuk bermain tanpa sebarang ke­sakitan kerana kadang-kadang tahun lalu saya perlukan beberapa biji pil untuk bermain. Kini saya tidak perlu memintanya. Ia satu perasaan yang bagus.


“Saya tidak tahu jika saya boleh melakukan lebih baik daripada tahun lalu. Tapi kini saya akan berasa lebih bagus, lebih bebas dengan perge­rakan saya di atas padang. Saya akan berasa lebih selesa dan pastinya gembira sekiranya saya dapat menamatkan musim ini sama seperti musim lalu.”

Namun kekalahan 1-3 di tangan Manchester United - kekalahan keempat berturut-turut Chelsea ketika menjelang musim - memaparkan bahawa pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu belum bersedia bagi menghadapi kempen musim baru.

Drogba, seperti tiga pemain antarabangsa England di kelab itu, hanya kembali menjalani latihan pada 26 Julai selepas Piala Dunia.

“Ia sukar kerana hanya seminggu lalu saya menjalani pembedahan,” kata Drogba.

“Jadi saya belum begitu cergas. Namun saya akan bekerja keras. Seluruh pasukan berusaha. Perlawanan ini menunjukkan kami belum bersedia. Kami perlu meningkatkan permainan kami jika kami mahu memulakannya seperti kami memulakan musim lalu.”

Chelsea memenangi enam perlawanan pertama mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dalam laluan mereka untuk merampas kejuaraan
daripada genggaman Manchester United.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: