Thursday, August 12, 2010

Dafi hulur tangan di bulan puasa

Apabila masuk bulan Ramadan, aktiviti hiburan melibatkan selebriti Melayu diberhentikan. Kalau adapun agenda yang bersifat amal. Artis jaga ada banyak peluang menghulurkan tangan untuk aktiviti amal.

Dafi juga tidak ketinggalan. Banyak acara membabitkan anak yatim sering disertainya sepanjang tiga tahun menjadi penyanyi. Dafi berkorban suasana meriah berbuka puasa dengan keluarga demi memenuhi undangan ke majlis amal. Dafi dan kelab peminat oficialnya, Dafi-FC juga merancang meneruskan aktiviti amal bulan Ramadan ini.

Dafi prihatin nasib orang yang kurang bernasib baik.

"Insya-Allah kalau semua perancangan berjalan baik, Dafi bersama kelab peminat Dafi akan berkunjung ke rumah keluarga miskin untuk memberikan sumbangan. Bantuan yang dihulurkan adalah dari segi bekalan makanan.

"Kami juga rancang berbuka puasa bersama mereka. Ini sudah tentu merapatkan hubungan hugungan Dafi-FC dengan masyarakat. Kalau masa mengiizinkan, Dafi juga bercadang menghabsikan masa untuk bersahur dengan mereka. Ini pasti akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan," kata Dafi.

Dafi-FC juga ada anak angkat di sebah rumah anak yatim, iaitu Asrama Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Kuala Lumpur.

Sejak awal penubuhan lagi mereka sering mengunjungi rumah tersebut untuk menghulurkan bantuan, termasuk pada bulan Ramadan lalu.

Sempat bersahur dengan adik-adik angkat rumah anak yatim.

"Rumah anak-anak yatim itu di bawah penyeliaan PERKIM Cawangan Sungai Besi. Ia terletak di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Dafi sudah banyak kali ke sana," kata Dafi yang mengadakan majlis bersahur bersama mereka sebelum ini.

Dafi mahu meneruskan hubungan itu kerana tidak mahu usaha yang telah dijalnkan sebelum ini putus apabila bulan Ramadana atau musim perayaan tamat. Dafi mahu hubungan yang dibina akan terus berkekalan.

Apa lucunya Dafi di bulan puasa?

"Bercakap pasal Ramadan ni, Dafi ada juga pengalaman lucu. Macam ini kisahnya... semasa zaman kanak-kanak, Dafi mula belajar berpuasa.

"Rasa teruja sangat dan tak sabar-sabar bangun sahur. Entah macam mana apabila bangun pagi, Dafi terlupa sedang berpuasa dan terus masuk dapur untuk makan nasi sebab perut terasa lapar sangat.

Inilah sebahagian anak yatim adik angkat Dafi.

"Sedang seronok makan, tiba-tiba mak Dafi masuk dan tegur Dafi, kenapa tak puasa. Dafi betul-betul terlupa. Nak buat macam mana, perut dah kenyang masa itu. Kira rezekilah tu," kata Dafi ketawa.

Kalau nak tahu Dafi ni nakal juga semasa zaman kanak-kanak. Antara pengalaman lucunya ialah melanggar pakcik menjual aiskrim gara-gara menunggang basikal laju dan tak sempat nak tekan pedal brek.

"Bila langgar tu Dafi lari terus lari tanpa minta maaf sebab takut kena marah," imbau Dafi tentang kenangan beraya di rumah neneknya di Cheras, Kuala Lumpur semasa kanak-kanak.

Mesti pak cik jual aiskrim tu kesakitan sebab semasa alam kanak-kanak, badan Dafi ni gempal. Beratlah bebanan yang melanggar pak cik tu.

Tahun ini Dafi akan beraya di kampung kedua-dua nenek iaitu Cheras di kampung nenek sebelah ibu dan di Temerloh, Pahang sebelah keluarga bapanya.

"Kalau di Temerloh, juadah raya yang pasti Dafi tak boleh ketinggalan ialah nasi kerabu di rumah nenek saudara Dafi. Memang sedap sebab mereka berasal dari Kelantan," kata Dafi lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: