INTERPRETASI futuristik menerusi perak dan emas yang menggantikan rona biasa bulu mata palsu menyerlahkan keistimewaan koleksi terbaru Shu Uemura, Tokyo Lash Bar 2010.
DREAMY ROMANCE...solekan menarik daripada Najeeb.
Lapan jurusolek profesional yang juga dikenali sebagai Black Book Artist itu ailah Steven Sunny, Taisu, Surya Zainul, Emma Mustafa, ChuFan, Najeeb, Deq Sha serta Deric Lim, masing-masing memberi olahan tersendiri untuk menampilkan imej futuristik yang seksi dan menakjubkan.
Sunny menjelmakan gaya surelisme busana Neo-Futurisme manakala Surya memukau hadirin dengan mengimbas kembali solekan kesan khas filem hebat, Star Trek dan Poison Ivy.
Menurut Surya, untuk solekan itu, dia menggunakan dua produk utama iaitu bedak asas cecair, Smoothing Fluid Foundation dan Cosmic Chains.
Memberi lebih sentuhan, Surya turut menyerlahkan bentuk dominan menerusi gaya Metal Mohawk yang tampak begitu berani dan segar.“Sapukan pembayang mata rona hitam dan kemudian sapukan pembayang mata rona perak dari bahagian dalam hingga hujung.“Untuk mendapatkan kesan yang lebih, jangan ketinggalan memakai pembayang pipi rona gangsa dan akhiri solekan dengan memakai penggilap bibir.“Solekan ini bukan saja tampak segar malah mudah dilakukan,” katanya.
Sentuhan Deq Sha pula tidak kurang menarik dengan menyerlahkan imej robot masa depan menerusi solekan yang bertemakan Ferociously Futuristic.
Najeeb pula menterjemahkan falsafah solekan yang bertemakan Dreamy Romance dengan penggunaan rona putih dan perak bagi menyerlahkan lagi perasaan wanita yang mendalam.
Tampil dengan kelainan, solekan menarik bertemakan Intergalactic Glam daripada Chufan yang menjelmakan falsafah tokoh agung Greek, Socrates iaitu “kenali diri anda, jadilah diri anda.”
Selain Neo- Reflector, Shu Uemura turut memperkenalkan koleksi Neo Sparkle yang lebih halus, lembut dan menggoda.
Ia menampilkan rekaan bulu mata palsu dengan kerdipan seumpama berlian menyaluti setiap helaian bulu mata.
Untuk menyerlahkan kesan solekan yang lebih dramatik, rekaan bulu mata Neo Fringe paling sesuai untuk dimiliki kerana ia diperbuat daripada bahan emas serta perak yang menarik.
Andai mahu mata tampak lebih seksi, koleksi bulu mata Neo Tokyo boleh membantu terutama jika ingin menggayakan imej siber tetapi masih mengutamakan imej feminin.
Sementara itu, pada majlis pelancaran koleksi berkenaan, Shu Uemura turut mempertontonkan solekan pasukan Accredited Artists 2010 yang terdiri daripada Lisa Yap, Jayce Liew, Peggie Ng, Anges Ng dan Lavynia Tam.
Seperti barisan Black Book, kreativiti pasukan ini juga tidak kurang hebatnya dengan menampilkan koleksi solekan bulu mata sebenar yang menyerlahkan kejelitaan sebenar wanita.
Bagi merealisasikan imej yang mahu ditonjolkan, model disolek semula jadi tetapi pada bahagian mata diserlahkan dengan kesan alis mata yang berbeza.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: