Wednesday, August 11, 2010

Buku Najib tangkis persepsi salah faham


DARI kiri, Ung Lee Wah, Khatijah Ahmad dan Pathma Selvaraju melihat buku Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia selepas dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Buku bergambar Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia yang berasaskan fakta dan kronologi dasar-dasar negara dapat menangkis persepsi salah faham rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Buku itu juga dapat memberikan pemahaman terhadap pendekatan baru yang dilakukan Najib dalam pentadbiran dan ekonomi negara sejajar dengan peredaran masa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, tafsiran berbeza yang sentiasa menjadi polemik dan kesan tidak baik kepada rakyat dapat ditangkis dengan penerbitan buku tersebut kerana intipatinya digarap secara profesional.

"Kritikan dan salah anggapan pelbagai pihak terhadap niat murni beliau (Najib) ditangani dengan bijak dan penuh kesabaran termasuklah Gagasan 1Malaysia," katanya selepas melancarkan buku tersebut di Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan, Jalan Conlay di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: