Sunday, August 8, 2010

Bila Rozita nak bersara




SAYA sebenarnya dah cukup jemu membaca cerita Rozita yang nak bersara. Rasanya semenjak tahun lalu lagi dia sudah war-warkan mahu bersara tapi sehingga sekarang apa pun saya tak nampak.

Lagipun selama dia duduk dalam dunia hiburan tanah air tak ada satu perkara pun yang boleh dibanggakan. Semuanya hanya melibatkan kontroversi dan saya cukup jelak dengannya.

Mungkin Rozita bernasib baik kerana dikurniakan wajah yang cukup cantik dan menawan. Tapi kalau selalu sangat cakap nak bersara tapi masih lagi tak bersara, apa cerita tu?

Kalau nak berlakon, berlakon dengan sepenuh hati. Barulah orang nampak apa yang ada dalam diri anda dan sedikit sebanyak boleh juga membangunkan industri seni tempatan yang tak berapa nak cerah ini.

Kepada pelakon lain jangan buatlah kerja sepenuh hati dan penuh dengan keikhlasan. Kalau tak ikhlas baik jangan jadi artis!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: