
KUALA LUMPUR – GCH Retail (Malaysia) Berhad (GCH Retail), pengendali rangkaian pasar raya dan pasar raya besar Giant, bersama Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle), menganjurkan kempen amal yang akan menyumbang 30 sen daripada setiap pembelian produk Nestle terpilih kepada tiga organisasi yang memerlukan.
Pengurus Besar Divisyen Barangan Runcit GCH Retail, Karis Lim berkata, kempen ‘Belanja dan Beramal’ yang berlangsung sehingga 26 Ogos ini menggalakkan para pengguna menyumbang semasa membeli-belah khususnya untuk persiapan bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri tahun ini.
Tiga badan terpilih itu ialah Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Persatuan Perubatan Islam Malaysia Rumah Solehah (Rumah Solehah).
Daripada pembelian setiap produk popular Nestle seperti kopi Nescafé Classic 200 gram, Nestle Cornflake 325 gram dan 500 gram, bijirin keluarga Nestum 450 gram dan semua varian Milo Fuze 15 atau 20 pek, Nestle dan GCH Retail akan menyumbangkan 30 sen kepada dana amal tersebut.
“Produk lain yang terbabit ialah Nestle Natural Set Yogurt 500 gram, susu tepung Everyday 2 kilogram, minuman yogurt Nestle Blis 700 gram, Maggi Cukup Rasa 120 gram dan Maggi Tastylite 4 x 72 gram,” katanya pada pelancaran kempen ‘Belanja dan Beramal’ di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: