Wednesday, August 11, 2010

Bank Rakyat yakin untung RM1.7b


AHMAD KIDZBULLAH (tiga dari kiri) bersama Mohd. Zaki (tiga dari kanan) dan Abu Bakar (dua dari kiri) pada majlis penyerahan zakat perniagaan kepada 60 buah sekolah di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) optimis untuk mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.7 bilion menjelang akhir tahun kewangan 2010.

Pengurus Besar Operasi Cawangan Bank Rakyat, Ahmad Kidzbullah Redzuan berkata, ia berdasarkan unjuran keuntungan sebelum cukai dan zakat yang telah dicapai oleh bank berkenaan sebanyak RM826 juta sehingga Jun tahun ini.

Menurutnya, jangkaan tahun ini lebih tinggi berbanding keuntungan tahun lepas iaitu sebanyak RM1.55 bilion.

"Sehingga Jun 2010, Bank Rakyat telah mencatat keuntungan sebanyak RM826 juta dan kami menyasarkan untuk memperoleh keuntungan sebanyak RM1.7 bilion menjelang akhir tahun ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: