
KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010 berbanding 6.30 sen seunit tahun sebelumnya.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM777.53 juta yang meningkat 32.30 peratus berbanding jumlah pembayaran berjumlah RM587.70 juta pada tahun sebelumnya.
"Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh 892,825 pemegang unit yang telah melanggan 13.1 bilion unit ASW 2020," katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASW 2020 di sini semalam.
"Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos 2010, dana ASW 2020 telah berjaya menarik 20,226 pemegang akaun baru, sementara jumlah unit pelaburan baru bersih telah meningkat sebanyak 2.09 bilion unit atau 18.98 peratus," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: