|  Muncul buat kali kedua dipersada seni tanah air, SHOUT! AWARDS kembali memberi pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti yang menggegarkan industri hiburan sepanjang tahun ini. Memperkenalkan empat anugerah baru iaitu Anugerah Music Video, Anugerah Breakthrough Local Feature, Anugerah Favourite TV Personality dan Anugerah Mobile Artist Of The Year yang dicetuskan oleh Celcom. "Kami membawakan apa yang terhangat, paling hip dan paling funky untuk memenuhi gaya hidup urban. Anugerah ini akan mencari artis baru yang boleh diketengahkan. Secara tak langsung ia akan mencetuskan pelbagai idea baru dan itulah maksud sebenar Shout! Awards.
"Tahun ini pencalonan lebih banyak berbanding tahun lepas kerana mereka lebih yakin dengan kemampuan anugerah ini. Seperti tahun lepas, pemenang The Ultimate Shout! Awards, Bunkface telah ditawar beraksi di festival muzik Australia setelah kejayaan mereka memenangi tiga kategori utama anugerah ini.
"Kami menjanjikan tahun ini ia akan menjadi sesuatu yang sangat hebat dan meriah. Dan siapa tahu tahun ini pemenang tidak lagi berpihak kepada muzik indie," ujar Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV. 
Shout! Awards akan berlangsung pada 20 November 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 8.30 malam menerusi saluran 8TV. Penonton boleh memilih dan mengundi calon kegemaran mereka dengan melayari www.shoutawards.com.my. Anda juga berpeluang menemui artis kesayangan anda menerusi beberapa siri jelajah dan memenangi tiket menyaksikan anugerah berprestij ini.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: