Monday, August 9, 2010

30,000 serbu hari terakhir


PENGUNJUNG menyerbu Kempen 1Malaysia 1Halal yang berakhir di Teluk Danga, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Cuaca panas terik tidak menjejaskan kehadiran 30,000 pengunjung ke Kempen 1Malaysia 1Halal edisi ketiga pada hari terakhir di Teluk Danga di sini semalam.

Penganjur dan pengusaha produk-produk halal dilihat tidak menang tangan melayan pengunjung yang rata-ratanya dari sekitar Johor Bahru dan Singapura.

Tinjauan Kosmo! mendapati pengunjung-pengunjung teruja melawat gerai-gerai pameran dan jualan bagi mengetahui pelbagai produk halal selain tidak ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti sampingan seperti kuiz, ceramah serta pertandingan menghias kek dan persembahan teh tarik.

Seorang operator pengeluaran, Khairul Ali, 32, berkata, kempen sedemikian jarang diadakan di Singapura sehingga menyebabkan dia sanggup datang bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: