Saturday, August 14, 2010

150 menu di Pan Pac KLIA


SELEKSI hidangan berbuka yang ditawarkan di Restoran Degrees, Pan Pacific Kuala Lumpur International Airport.


RAMADAN bulan untuk umat Islam memupuk berdisiplin dalam segenap hal. Tatkala waktu berbuka puasa diraikan bersama keluarga tersayang pasti akan menambah ikatan ukhwah antara mereka.

Pan Pacific Kuala Lumpur Internationala Airport membawakan peluang mengeratkan silaturrahim sambil berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan kepelbagaian 150 jenis hidangan Asia, antarabangsa dan fusion.

Di Restoran Degrees, terdapat pelbagai hidangan salad dan pembuka selera yang pasti membangkit selera seperti kerabu nangka muda, rojak sotong, serunding ayam, lemang dan kerabu udang bersama suhun.

Rasai juga sup tulang rusuk bersama mi udang mahupun dim sum. Tidak ketinggalan pau, pasta, daging kambing stu dengan sos bawang dan ikan bakar.

Bubur lambuk, sambal udang petai, kari kepala ikan merah, ayam kampung masak lemak rendang tok dan ketam zamrud menjadi hidangan mesti cuba saat azan Maghrib berkumandang.

Akhiri hidangan anda dengan seleksi pencuci mulut istimewa seperti bubur pulut hitam, puteri berendam, tapai pulut, dan kuih-muih tradisional Melayu selain hidangan pencuci mulut biasa.

Bufet Ramadan di Restoran Degrees bermula sejak awal Ramadan lalu hingga 10 September ini mengenakan bayaran sebanyak RM90++ untuk dewasa dan RM50++ untuk kanak-kanak.

Restoran itu turut menawarkan harga promosi pada hari ini hingga 17 Ogos dan pada 30 Ogos hingga 6 September ini. Pada tarikh-tarikh tersebut penjimatan sehingga 20 peratus boleh didapati dengan membawa rakan-rakan seramai 10 hingga 20 orang. Potongan harga sehingga 30 peratus pula jika membawa lebih 20 orang tetamu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: