Sunday, August 8, 2010

13 juta mangsa banjir terburuk Pakistan


BEBERAPA askar Pakistan memindahkan sekumpulan pekerja stesen tenaga di Lal Pir yang terkandas di loji mereka dengan menggunakan sebuah jentolak.


ISLAMABAD - Pihak berkuasa Pakistan menganggarkan 13 juta penduduk negara itu terpaksa dipindahkan setelah rumah mereka musnah berikutan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun di seluruh negara tersebut lebih seminggu lalu.

Angka itu lebih tinggi berbanding unjuran awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjangka hanya empat juta terlibat, namun kesan bencana itu menyamai gempa bumi Kashmir pada 2005 yang mengorbankan 73,000 penduduk.

Seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Amal Masud berkata, 12 juta orang di wilayah barat laut dan Punjab diarah untuk berpindah manakala di wilayah Sindh, sejuta penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Banjir terbesar dalam sejarah itu turut menyaksikan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan menunda operasi menentang militan Taliban bagi membantu memindahkan jutaan penduduk Pakistan dengan menggunakan 10 buah helikopter pengangkut.

Malangnya, ketika lebih 1,500 rakyat Pakistan maut akibat banjir itu, Presiden Asif Ali Zardari pula mencetuskan kritikan ramai apabila masih membuat lawatan rasmi ke Perancis dan Britain daripada memberi tumpuan kepada masalah negara sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: