![]() |
| |
Masih menuntut di Kolej Metropolitan, Jamie berazam menamatkan pengajiannya dalam bidang kewangan dan pemasaran dengan cemerlang.
Tidak melepaskan peluang yang ada, Jamie menerima tawaran sebagai peragawati sambilan. Wajahnya yang jelita terus menjadi tumpuan terutamanya di majalah-majalah tempatan.
"Saya tidak kisah menceburi kedua-dua bidang kerana saya masih muda. Selepas Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), saya terus menceburi bidang peragaan. Sebagai pelajar, saya perlu bijak membahagi masa," katanya yang teruja diberi peluang tampil pertama kali dalam akhbar Melayu.
Kebetulan, dia belum pernah mencuba minyak wangi tempatan, One Drop Perfumes.
Sebagai remaja yang meningkat dewasa, Jamie memang penggemar setia minyak wangi seperti aroma flora-fauna yang segar.
Berkongsi rahsia tentang resipi penjagaan diri, Jamie mengamalkan rutin penjagaan wajah yang ringkas termasuk membasuh muka sebelum tidur sejak awal remaja lagi. Antara produk kegemaran Jamie pembersih wajah jenis minyak oleh Shu Uemura.
"Sebagai wanita, kita perlu membersihkan wajah dengan teliti supaya tidak meninggalkan kesan buruk pada pori-pori wajah. Pendek kata, penjagaan wajah memainkan peranan penting. Bagi rahsia mata cantik, saya memilih bulu mata Shu Uemura. Ia membuatkan mata saya kelihatan bulat dan besar," jelasnya.
Di sebalik kelembutan Jamie berbicara, dia juga gemar ke gim untuk meningkatkan badan.
Sebagai pelajar dan peragawati, dia perlu kelihatan segar dan cergas.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: