
AKTRES Zoe Saldana berasa dirinya seksi semasa bekerja dengan lelaki. Dia yang muncul menerusi filem terbarunya, The Loser bersama aktor Jason Patric, Chris Evans dan Jeffrey Dean Morgan menegaskan dia tidak pernah rasa terpinggir tanpa pelakon wanita lain di lokasi penggambaran.
Katanya kepada akhbar Independent: "Saya suka berlakon dengan lelaki berbanding pelakon wanita. Semuanya kerana saya sukakan filem aksi seperti dalam filem Star Trek, Pirates of the Caribbean dan yang terbaru, The Losers.
"Ia membuatkan saya berasa seksi. Filem-filem seperti sains fiksyen dan aksi memerlukan ramai krew lelaki. Dikelilingi lelaki membuatkan saya berasa seksi. Tapi jangan salah faham kerana saya tidak membenci wanita.
"Cuma sebagai wanita, memainkan watak sebegitu memberikan saya banyak kebebasan serta versatil. Saya suka memegang pistol dan terlibat dalam misi menyelamat dunia. Semua aksi tersebut sangat seksi."
Namun, Zoe mengaku bahawa menjadi satu-satunya wanita dalam produksi mempunyai kelemahannya. Jelas Zoe: "Saya merasakan diri saya perlu bekerja dua kali ganda kerana saya tidak mahu ketinggalan. Saya mahu mengagumkan pelakon lelaki."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: