
Mengetengahkan barisan pelakon drama terkenal seperti Faizal Yusup, Siti Fazurina, Zuhairi Ibrahim, Ben Kenobie, Mysarra dan Zain Yahya, Gurukah Aku mengisahkan pengorbanan guru muda membangunkan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Mereka sanggup mengorbankan jiwa dan tenaga demi anak-anak didik mereka. Jarak dan masa bukannya menjadi penghalang kepada guru-guru ini menabur jasa.
Mengisahkan Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina yang juga dua guru yang berasal dari bandar iaitu Kuala Lumpur dan tidak pernah bertugas di sekolah Orang Asli. Namun begitu, Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina yakin bahawa dengan memberikan didikan yang sempurna kepada murid-murid Asli, tidak mustahil murid-murid ini boleh berjaya seperti murid-murid sekolah bandar.
Pelbagai konflik cuba digambarkan melalui drama ini,. Adakah hasrat murni guru-guru muda ini mendapat respons yang baik dari kalangan keluarga murid-murid ini atau adakah ada penentangan yang bakal berlaku. Saksikan drama menarik ini pada hujung minggu ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: