![]() |
| MODEL konsep mini yang sesuai untuk pemanduan dalam bandar. |
MAHUKAN kemewahan yang dimiliki James Bond tetapi model sport V12 Vanquish mungkin terlalu besar untuk dipandu. Aston Martin mempunyai penggantinya.
Diperkenalkan di Pameran Auto Geneva pada awal tahun ini, Aston Martin membuktikan transformasi radikal melalui model terbarunya, Cygnet.
Berbeza dengan model-model super seksi seperti DB9,DB7 dan DB AR1 roadster, model konsep Cygnet tampil dengan perubahan paling ketara iaitu pengurangan hampir separuh daripada ukuran model biasa.
Walaupun dibangunkan mengikut kereta konsep Toyota iQ, Cygnet yang berenjin 1.3 liter (98 bhp) itu tetap sebuah Aston Martin yang dilengkapi prestasi sport dan kemewahan.
Model mini itu merupakan langkah berani Aston Martin dalam memperkenalkan reka bentuk baru dalam kenderaan pengangkutan peribadi berteraskan persekitaran baru, khususnya bandar.
Dengan mengecilkan saiz pada model itu, Aston Martin sebenarnya memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk melebarkan pasaran tanpa mengorbankan identiti, reka bentuk dan kesempurnaannya.
Bagi jenama kenderaan sport mewah itu, Cygnet adalah inovasi yang memartabatkan jenama ke sektor baru dalam pasaran.
Kereta yang diilham daripada burung angsa itu menjanjikan keselesaan dan keriangan memandu hasil daripada kemahiran reka cipta yang digabung dengan teknologi.
Ia dicipta khas untuk penghuni bandar yang mementingkan kepantasan pengangkutan seharian tanpa perlu mengurangkan sentuhan kemewahan.
Ketua Eksekutif Aston Martin, Dr. Ulrich Bez berkata, Aston Martin akan berdiri selamanya sebagai simbol penting dalam pengeluaran kereta sport.
Cygnet adalah kereta yang melambangkan prestasi, kebijaksanaan dan seni reka terhebat pada kereta bersaiz kecil," katanya.
Pengenalan konsep comel itu adalah ilham Aston Martin untuk memaksimumkan kebebasan pelanggan dalam konteks pemanduan bandar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: