
SEREMBAN - Dua beradik bersama seorang remaja lain lemas apabila rakit kayu yang dinaiki mereka terbalik di sebuah lombong di Taman Desa Cempaka dekat Nilai di sini semalam.
Tiga mangsa yang terkorban ialah S. Jeganath, 13, adik perempuan Jeganath, S. Jayamaili, 10, dan Mohd. Asyraf Azmi, 14,.
Seorang lagi remaja Muhd. Zarul Asyraf, 14, terselamat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supritendan Muhd. Yusoff Awang berkata, dalam kejadian pada pukul 5 petang, rakit yang cuba dinaiki keempat-empat mangsa itu terbalik selepas ia hilang imbangan.
Menurut beliau, mayat pertama iaitu Jayamaili ditemui oleh orang awam diikuti mayat abang mangsa, Jeganath dijumpai pada pukul 6.39 petang oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat.
Mayat ketiga, Mohd. Asyraf ditemui pada pukul 6.50 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: