Wednesday, May 12, 2010

Tiga pilihan medium ditawarkan


CHOONG KHAY, Rohana dan Tan pada majlis pelancaran Astro sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2010 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, peminat bola sepak di negara ini bakal menikmati pengalaman baru menonton 64 perlawanan Piala Dunia 2010 secara dalam talian, menerusi telefon pintar dan juga televisyen.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro All Asia Networks Plc. (Astro), Datuk Rohana Rozhan berkata, mulai 11 Jun ini, stesen berbayar tersebut yang merupakan penyiar rasmi kejohanan terkemuka itu akan menawarkan tiga pilihan medium media untuk mengelakkan pelanggannya daripada terlepas peluang menyaksikan kejohanan berprestij itu.

"Siaran secara langsung menerusi televisyen dilakukan menerusi 12 saluran penyiaran di mana 10 daripadanya merupakan saluran khas Piala Dunia 2010.

"Daripada jumlah tersebut, lima saluran khas adalah penyiaran dalam definisi tinggi (HD) dan dua lagi saluran iaitu Astro Arena dan Astro Wah Lai Toi masing-masing dalam ulasan bahasa Malaysia dan bahasa Kantonis," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: