Friday, May 14, 2010

Tidak Ingin Beranak Sekarang - Aguilera

Christina Aguilera ingin menikmati bentuk badan langsingnya sekarang.

PENYANYI Christina Aguilera mengakui dia tidak tergesa-gesa untuk menambah bilangan anak buat masa ini.

Ini kerana katanya, dia mengambil masa yang panjang untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin.

"Saya sebenarnya berasa lebih seksi sekarang. Imej saya sekarang ialah satu evolusi di mana keseksualan dan rasa sensual masih berlaku," media memetik dia sebagai berkata.

Aguilera berkahwin dengan Jordan Bratman dan mempunyai anak, Max yang berusia dua tahun.

"Mungkinkah saya mempunyai seorang bayi lagi? Tidak begitu cepat. Saya memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan bentuk badan asal saya.

"Saya ingin menikmati bentuk badan langsing saya untuk sementara waktu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: