
TUANKU Ismail Petra dibawa masuk ke dalam kenderaan untuk dibawa pulang dari HUSM ke Istana Mahkota, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini semalam selepas lima hari dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tanpa kerelaan baginda.
Tuanku Ismail yang ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berangkat pulang pada pukul 5 petang dengan kawalan ketat polis.
Turut kelihatan ialah anakanda baginda, Tengku Amalin A'ishah Puteri, Pengarah HUSM, Profesor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed dan anggota kerabat diraja lain.
Tuanku Ismail yang memakai persalinan baju batik berwarna perang disorong dengan kerusi roda dari Wad Diraja HUSM untuk menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: