Monday, May 10, 2010

Shahir masuk, Farina terkeluar AF8


Shahir


KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir yang tersingkir pada minggu ketujuh berjaya menyertai semula program realiti itu menerusi undian masuk yang dibuat pada Debaran AF malam tadi.

Mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 68.6 peratus menjadikan pelajar dengan nama sebenarnya Ahmad Shahir Rawawi, 22, itu berjaya mengatasi undian SMS bekas pelajar yang lain untuk memasuki semula AF8.

Undian masuk mula dibuka selepas pukul 11 malam pada malam konsert kelmarin dan ditutup pada 9.20 malam semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: