![]() |
| Chef Wan menunjukkan cara menyediakan salah satu masakan dalam program Mmm...Sedapnya Bersama Ayamas. |
MELALUI masakan bukan sahaja boleh membuktikan kehebatan dan keunikan masakan kita tetapi juga boleh mempelajari masakan orang lain. Lantaran itu, KFC Holdings melalui program masakan Mmm...Sedapnya Bersama Ayamas tidak melepaskan peluang untuk membuktikan kehebatan masakan kita kepada masyarakat dunia.
Pengarah Urusan KFC Holdings, Jamaludin Md. Ali memberitahu, untuk musim terbaru, program tersebut telah memilih Itali sebagai lokasi penggambarannya.
''Memandangkan Itali adalah negara cantik, kami memilih negara tersebut untuk tujuan penggambaran.
''Lebih menarik pada musim penggambaran tersebut jatuh kepada musim bunga,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mmm...Sedapnya Bersama Ayamas baru-baru ini.
Katanya lagi, dengan menggabungkan kombinasi masakan Itali dengan produk-produk Ayamas, para penonton juga dapat mempelajari kebudayaan, adat resam dan juga cara hidup masyarakat Itali melalui program tersebut.
Jelasnya lagi, untuk musim ketujuh ini, episod pertama program tersebut dihoskan oleh chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih populur, Chef Wan yang telah ditayangkan di TV3 pada 26 April lalu.
Manakala, siaran ulangannya akan ditayangkan pada 24 julai nanti jam 8.30 malam.
Kata Jamaludin lagi, dalam setiap episod Chef Wan akan memperkenalkan dua resipi masakan ringkas yang menggunakan ayam beku Ayamas, produk proses lanjutan atau produk makanan dalam tin Ayamas.
''Kebanyakan resipi baru dalam rancangan ini diilhamkan daripada masakan yang berasal dari Itali seperti Spaghetti Bolognaise Ayamas, Frankfurters Pizza serta Penne Passta 'Puttanesca," katanya..
Menurutnya, selain dapat mempelajari masakan Itali ia juga dapat memperkenalkan masakan Malaysia kepada masyarakat negara itu.
Untuk program terbaru, KFC telah menyediakan 26 resipi terbaru yang dicipta khas sesuai untuk hidangan harian termasuk sarapan, makan tengahari, makan malam dan juga makanan ringan.
Terdahalu, program penggambaran ini dilakukan di Mauritus, Sri Lanka, Pakistan dan juga Bali.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: