Friday, May 14, 2010

Sajian untuk ibu inspirasi McCormick


Risalah resipi khusus sempena hari ibu yang dihasilkan McCormik.


BAGI yang tidak berkesempatan meraikan Hari Ibu pada hujung minggu lalu, mereka masih berkesempatan berbuat demikian mungkin pada hujung minggu dengan membuat sedikit kejutan untuk isteri atau ibu.

Apa kata cuba cara ini. Tidak perlu bersusah payah mencari tempat istimewa kerana ia boleh dilakukan di dapur rumah sendiri.

Caranya dengan mendapatkan risalah resipi edisi khas dari McCormick. Dalam buku resipi tersebut terdapat tujuh menu hidangan lazat istimewa yang dimasak menggunakan herba dan rempah ratus McCormick.

Resipi ini amat mudah, inovatif dan boleh disediakan jika mengikuti langkah demi langkah yang seperti yang diterangkan dalam risalah resipi tersebut.

Akan tambah teruja apabila dapat melihat hasil air tangan sendiri menjadi sama seperti yang dirakam jurugambar dalam risalah tersebut.

Antara resipi yang dipaparkan ialah biskut, tat, kek cawan, pai ayam dan banyak lagi.

Resipi mudah ini amat sesuai untuk semua peringkat umur dan lebih istimewa ia menggunakan hampir semua herba yang terdapat dalam rangkaian produk McCormick.

Masakan anda pasti membuka selera dan membangkitkan aroma yang istimewa dari rempah dan herba yang digunakan.

Pengurus Besar GBA Corporation Sdn. Bhd. Mohan Alagappar, berkata, rasa adalah rahsia kepada penentu keenakan sesuatu masakan.

Sejak dari dulu lagi proses memasak memang bergantung kepada rempah ratus, herba dan bahan perisa untuk menambah rasa serta keenakan pada masakan asal.

"Dengan matlamat tersebut kami berhajat mempertingkatkan rasa setiap masakan dengan menggunakan herba dan rempah dari McCormick yang pasti tidak mengecewakan," jelas Alagappar.

Tambahnya, pengenalan risalah resipi ini adalah tepat pada masanya iaitu bersempena dengan sambutan Hari Ibu.

"Inilah masa yang sesuai untuk menghargai pengorbanan seorang ibu yang sering melakukan pengorbanan untuk kita semua.

"Kami berharap pelanggan McCormick akan teruja untuk mencuba resipi-resipi yang terkandung dalam buku resipi edisi terhad ini.

"Yang penting bersama-sama si ibu mencetuskan satu pengalaman berharga," ujarnya.

Untuk mendapatkan risalah resipi ini, pengguna perlu membeli dua botol produk herba dan rempah McCormick dari pasar raya utama dan rangkaian pusat membeli belah bermula Mei 2010.

Selain itu boleh juga dapatkannya dengan menulis kepada GBA Corporation Sdn. Bhd. di alamat Tingkat 2 Wisma GBA. No. 6 Jalan SS13/4 Section 13, 47500 Subang Jaya dan sertakan sekali sampul surat bersaiz A4 serta setem bernilai RM1.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: