
Nasi Kerabu Mek Bunga mengisahkan dua sahabat baik dan ibu tunggal berniaga dan memperjuangkan makanan tradisional iaitu Nasi Kerabu.
Mek yang berketurunan Melayu berkawan rapat dengan Bunga (Kim Fai) berketurunan Cina. Mereka berkawan rapat sejak dari kecil lagi. Pak Salleh yang berniaga makanan berlauk berasa sakit hati dengan hasil jualan Mek ditambah pula bara di hati Pak Salleh kerana dia ada menyimpan perasaan terhadap Mek dari dulu lagi, tetapi perasaan cintanya tidak terbalas.
Rizalman merupakan seorang jurusan graduan perniagaan anak kepada Mek, menyokong penuh usaha ibunya untuk memajukan perniagaan Nasi Kerabu Mek Bunga. Zuraini tunangnya menentang keras kerana dia beranggapan bahawa menjual Nasi Kerabu tidak menjamin masa depan.
Dengan kelulusan yang ada pada Rizalman, Zuraini merasakan hanya sia-sia sahaja jikalau Rizalman meneruskan hasratnya untuk memperkembangkan perniagaan Nasi Kerabu. Apa yang bakal berlaku kepada mereka ini? saksikan drama menarik ini pada jam 10 pagi di saluran TV2.
Pelbagai aksi lucu, suka duka yang dipaparkan menerusi drama ini. Nasi Kerabu Mek Bunga membariskan pelakon yang terkenal seperti Norseha, Mandy Chong, IIyas Omar, Ko Siu Sie, Nisha Dirr, Wan Hanafi Su dan Ucop Cecupak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: