Saturday, May 8, 2010

Putera Harry kendali helikopter Apache


Putera Harry bersama kekasihnya, Chelsy Davy selepas beliau menerima sayap penerbangan di Middle Wallop, England.


LONDON - Komander-komander tentera Britain memilih pewaris ketiga takhta Britain, Putera Harry untuk menjalani latihan sebagai juruterbang helikopter penyerang Apache, menurut pejabat diraja Britain semalam.

Pejabat diraja Britain melaporkan, pemilihan tersebut sebagai satu galakkan kepada putera yang berusia 25 tahun itu untuk kembali berkhidmat di barisan hadapan peperangan di Afghanistan.

Putera Harry menerima sayap penerbangan dari pewaris pertama takhta diraja Britain yang juga bapanya, Putera Charles semalam. Menurut Putera Harry, latihan berkenaan merupakan satu penghargaan tinggi untuknya belajar bagi menerbangkan sebuah helikopter yang hebat.

"Namun masih ada sebuah gunung yang besar untuk saya daki bagi membolehkan saya lulus ujian kursus penerbangan helikopter Apache," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Istana London.

"Secara jujur saya berpendapat ia akan menjadi sebagai salah satu cabaran terbesar di dalam hidup saya," katanya.

"Saya benar-benar berazam dan tidak mahu mengecewakan orang-orang yang menaruh harapan di dalam hidup saya bagi menerbangkan helikopter itu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: