Tuesday, May 11, 2010

Public Bank lancar dua dana baru

PUBLIC Bank Berhad (Public Bank) melancarkan dua dana baru, PB Dana Singapore Advantage-30 Equity (PBSGA30EF) dan PB Dana Infrastructure Bond (PBINFBF) yang akan diuruskan anak syarikat milik penuhnya, Public Mutual Berhad.

PBSGA30EF adalah dana yang menumpu pada ekuiti Singapura manakala PBINFBF pula dana yang bermatlamat menyediakan pendapatan stabil kepada pelabur.


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong, berkata PBSGA30EF direka untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan pasaran ekuiti Singapura dan dalam potensi peningkatan Dolar Singapura.


Beliau berkata, PBSGA30EF sesuai untuk pelabur yang berprofil agresif dalam menerima risiko dan ganjaran serta boleh menangani keadaan pasaran yang bergolak bagi mencapai objektif pertumbuhan modal jangka panjang. “Dana ini juga sesuai untuk pelabur yang mahu melindungi nilai perbelanjaan pendidikan masa depan anak-anak mereka di Singapura. “Pelaburan dalam ekuiti Singapura dijangka bertumbuh setara dengan kenaikan kos pendidikan di Singapura pada jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Menurutnya, PBINFBF pula adalah dana bon yang bermatlamat menyediakan pendapatan tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap keluaran syarikat sektor infrastruktur termasuk termasuk syarikat pengeluar kuasa, konsesi lebuh raya, utiliti, kemudahan pelabuhan, pengangkutan awam dan telekomunikasi.


PBINFBF memberikan pelabur yang layak peluang memasuki pasaran bon yang biasanya tidak dibuka kepada pelabur biasa kerana ia adalah pasaran bagi institusi dengan urus niaga satu blok minimum sebanyak RM5 juta.


Harga terbitan permulaan PBSGA30EF dan PBINFBF ialah sebanyak RM0.25 dan RM1 seunit masing-masing dan sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari hari ini hingga 31 Mei ini. Pelaburan permulaan minimum dana terbabit adalah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum RM100.


Pelabur berminat boleh menghubungi Eksekutif Kewangan Peribadi di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh negara atau menghubungi 1-800-22-9999 (waktu pejabat).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: