Monday, May 10, 2010

Program baru Cerita Teh Tarik F&N

Cerita Teh Tarik F&N yang dibawa khas F&N Dairies Sdn Bhd adalah program baru memaparkan kisah kehidupan rakyat Malaysia. Episod pertamanya, telah bersiaran secara langsung di TV3 di Piazza The Curve di Mutiara Damansara, 29 April lalu.

Mempunyai tujuh episod kesemuanya, program yang dihoskan oleh pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari, ini bertujuan menonjolkan detik-detik penting dalam kehidupan dan atau aktiviti harian rakyat Malaysia khasnya ketika sambil menikmati segelas teh tarik.

Setiap episod membawakan tema dan subjek tertentu, daripada tarian dan muzik hingga lukisan, sukan dan animasi, dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara, termasuk selebriti seperti Alam, Wakaka Crew, Estranged, seniman Malaysia yang berbakat seperti dua beradik Ajis dan Ronnie Mohammad yang berkongsi minat melukis dan ramai lagi.

Selain F&N Teh Tarik Roadshow, terdapat juga promosi pengguna dan program tebusan yang menawarkan hadiah menarik, termasuk Hadiah Utama TV plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik lain dan hadiah istimewa menanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: