|
Bila seseorang produser nak cari hero membintangi filem dan menjadi pelaris, tak banyak nama yang muncul dalam kepala mereka. Asyik-asyik nama yang sama saja. Sebab itu seorang produser drama yang mahu mencuba terbitkan filem tercari-cari siapakah heronya. Akhirnya produser itu pilih pelakon dan penyanyi Filipina untuk membintangi projek filemnya. Christian Bautista jadi pilihan.
Christian pernah bekerjasama merakam lagu duet dengan Noryn Aziz dan pernah dibawa ke Kuala Lumpur. Artis itu juga popular di Indonesia apabila lagu-lagunya diterima di sana dan pernah mengadakan persembahan yang dibanjiri peminat. Kalau segala perancangan berjalan lancar, Christian akan mewarnai industri filem Malaysia. Jericho Rosales pernah membintangi filem Bilut tidak lama dulu. Orang Filipina juga ramai di negara ini, jadi percaturan produser itu ada matlamatnya dan semoga projeknya menjadi nyata tak lama lagi. |
Tuesday, May 11, 2010
Produser nak lamar Christian Bautista
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Nama produser tu tak boleh nak didedahkan dulu sebab Christian belum lagi dilamar. Produser tu baru berusaha merisik pihak yang ada hubungan dengan Christian untuk memanjangkan hasratnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: