Monday, May 10, 2010

PM Thai mahu tunjuk perasaan ditamatkan


SEORANG penunjuk perasaan memakai topeng muka Thaksin pada satu perhimpunan anti kerajaan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam mendesak tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok dihentikan dengan segera selepas dua orang lagi terbunuh kelmarin.

Kelmarin, dua anggota polis terbunuh dalam serangan senjata api dan grenad dekat dengan perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan di sini.

Abhisit menyatakan beliau mempunyai pelan sokongan untuk menyelesaikan krisis yang berlaku jika penunjuk perasaan antikerajaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra enggan menamatkan perhimpunan.

Abhisit meminta penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju berwarna merah itu memberi satu jawapan jelas pada hari ini sama ada mahu menerima sepenuhnya pelan damai tajaannya sebelum pilihan raya Thailand berlangsung pada 14 November depan.

"Kumpulan-kumpulan pengganas dan orang yang menetap di luar negara mahu mengganggu pelan perdamaian ini," katanya menerusi ucapan yang disiarkan oleh stesen televisyen.

"Jika penunjuk perasaan antikerajaan enggan menamatkan perhimpunan yang diadakan sejak dua bulan lalu, kami mempunyai satu pelan sokongan yang akan membawa kepada satu penyelesaian kepada masalah yang berlaku," tambahnya.

Penyokong-penyokong Thaksin itu meminta supaya Abhisit meletakkan jawatan, parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan dengan segera kerana menganggap kerajaan yang memerintah kini tidak sah kerana tidak dipilih menerusi pilihan raya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: