Saturday, May 8, 2010

Penumpang RapidKL jadi sasaran

KUALA LUMPUR - 'Ulat tiket' dalam bas RapidKL!

Itu taktik terbaru sindiket itu seperti yang didedahkan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali.

"Ulat tiket ini masih ada. Kali ini mereka membuat helah kepada penumpang bas perantara dalam bandar milik RapidKL di Lembah Klang bahawa tiket bas ekspres di Terminal Sementara Bas Bukit Jalil sudah habis dijual.

"Dengan berbuat demikian, para pengguna terpengaruh dan membeli tiket daripada mereka (ulat tiket) dan bukan di kaunter tiket sebenar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian mengulas masalah peraih tiket yang seakan-akan 'mengambil alih' kehadiran 'ulat tiket' yang semakin berkurangan di Terminal Sementara Bas Bukit Jalil ekoran penguatkuasaan tegas agensi kerajaan.

Malah menurut Mohamad Ashfar, tindakan 'ulat tiket' itu jauh lebih teruk daripada sikap sesetengah peraih tiket yang didakwa merimaskan oleh orang ramai di terminal bas.

Perkara tersebut, katanya, didedahkan sendiri oleh beberapa persatuan pengusaha bas ekspres di negara ini setelah Hentian Puduraya dinaik taraf pada April lalu.

Taktik itu semakin menjadi-jadi selepas Hentian Puduraya ditutup buat sementara dengan menggunakan taktik menjual tiket dalam bas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: