Wednesday, May 12, 2010

Pengalaman baru memanjakan diri


RUANG masuk spa kulit turut menampilkan rangkaian produk Clarins.


KEMBALI kepada alami. Itulah yang boleh dirumuskan mengenai konsep terbaru spa milik jenama penjagaan kulit terkenal Clarins.

Jenama dari Paris itu memang terkenal dengan rangkaian penjagaan kesihatan yang menggunakan bahan berasakan alam semula jadi. Justeru apabila ia memperkenalkan spa yang hanya bahan-bahan asli ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Clarins Skin Spa atau spa kulit Clarins kini dibuka di aras dua Bangsar Shopping Centre. Ia menawarkan pengalaman kecantikan yang benar-benar membuai perasaan.

Ini merupakan lokasi ketiga spa yang dahulunya dikenali sebagai Institut Clarins.

Spa berkeluasan 800 meter persegi itu dilengkapi empat bilik rawatan, salah satunya ialah bilik rawatan khas untuk lelaki.

Reka bentuk kontemporari menempatkan ruang utama termasuk ruang rehat dan bar minum teh untuk pelanggan bersantai sebelum dan selepas rawatan. Terdapat juga ruang solekan selepas rawatan.

Siling rona biru langit dan hiasan dalaman setiap bilik mencetuskan suasana tenang dan nyaman.

Malah setiap bilik juga dilengkapi dengan katil hangat, siap dengan muzik dan penataan cahaya yang bersesuaian.

Clarins memilih untuk menggunakan spa kulit kerana ia membawa pengertian bahawa mereka adalah pakar dalam penjagaan kulit.

Spa kulit menjanjikan satu tempat yang istimewa bagi anda melarikan diri dari ketegangan kerja dan tekanan hidup.

Satu lagi keistimewaan spa ini ialah wanita dan lelaki boleh menjalani rawatan terbaik 100 peratus dengan menggunakan tangan perawat dan dicampurkan dengan produk yang dibuat dari 100 peratus tumbuhan. Itulah yang dinamakan sentuhan Clarins.

Clarins juga menggunakan produk Pro-Formula yang sangat asli yang telah dirumus khas untuk memberikan pengalaman kesejahteraan serta kecantikan hakiki.

Pelbagai pilihan rawatan kecantikan boleh didapati daripada rawatan muka, badan, khidmat solekan dan juga rangkaian produk bagi kegunaan di rumah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: