
FLORIDA - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang mabuk telah direnjat oleh polis dengan menggunakan pistol elektrik kerana dia enggan berhenti daripada mengganggu bintang sukan golf, Tiger Woods pada satu kejohanan golf utama, baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakyat AS itu, Travis Parmelee menjerit ke arah pemain tersebut pada pertandingan golf yang diadakan di Sawgrass, Florida.
Lelaki yang berusia 36 tahun itu enggan bertenang dan menjadi semakin ganas menyebabkan seorang anggota polis merenjatnya dengan menggunakan pistol berkekuatan 50,000 voltan.
Seorang pegawai polis, Kapten Dave Messenger memberitahu bahawa Parmelee telah minum arak dan mabuk.
Penangkapan itu berlaku selepas empat hari pegawai polis Philadelphia menggunakan senjata renjat terhadap seorang remaja, Steve Consalvi yang berlari di padang ketika perlawanan besbol antara Phillies di Citizens Bank Park berlangsung pada 4 Mei lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: