Wednesday, May 12, 2010

Peminat anggap Jacko jadi Dave


WAJAH Dave Dave semasa diwawancara dalam program Larry King Live pada tahun lalu.


NEW YORK - Peminat-peminat fanatik Michael Jackson mendakwa kematian penyanyi berkenaan pada Jun tahun lalu adalah palsu sebaliknya raja pop itu masih hidup dan menyamar sebagai seorang lelaki bernama Dave Dave yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) selepas dibakar oleh bapanya semasa dia masih kecil, lapor sebuah akhbar semalam.

Kontroversi itu tercetus apabila Dave Dave muncul dalam rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat (AS), Larry King Live untuk menceritakan persahabatannya dengan Michael pada tahun lalu.

Sejak itu, lebih sejuta penonton terpegun mendegar suara Dave Dave apabila menonton klip video wawancara mereka di laman perkongsian video YouTube kerana suara lelaki itu amat mirip dengan suara Michael.

Michael terkenal dengan panggilan Jacko semasa dia hidup.

"Jelas bahawa Michael masih hidup dan kami mempunyai buktinya (Dave Dave). Kini kami mahu semua orang tahu mengenainya," kata seorang peminat setia penyanyi itu di laman jaringan sosial MySpace.

Dave Dave atau nama sebenarnya, David Rothenberg lahir di Brooklyn New York, tetapi menukar nama kepada Dave Dave kerana dia tidak mahu mempunyai kaitan dengan bapanya. Muka Dave Dave mengalami kesan terbakar selepas bapanya bertindak membakarnya pada 1983 ketika dia berusia enam tahun.

Peminat-peminat Jacko percaya bahawa parut besar pada muka Dave Dave merupakan penyamaran paling berkesan bagi penyanyi itu untuk muncul tanpa perlu melindungi parut hodoh kesan pembedahan plastik. Dave Dave yang kini seorang pelajar jurusan undang-undang pernah menjadi kawan rapat Michael dan tinggal bersamanya di kediaman penyanyi tersebut di Neverland Ranch, California.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: