Thursday, May 13, 2010

Pemegang jawatan utama dalam Kabinet Britain

Perdana Menteri: David Cameron.

* Berusia 43 tahun, Ketua Parti Konservatif. Mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri termuda di Britain dalam tempoh dua abad.

* Menganggotai Parlimen selepas memenangi kerusi kawasan Witney di Oxfordshire, selatan England, sebelum menerajui Parti Konservatif pada 2005.

* Berikrar untuk memodenkan parti menerusi manifesto baru iaitu 'belas kasihan dalam konservatisme'.

* Beliau mahu kakitangan kerajaan komited terhadap tugas masing-masing walaupun pada masa yang sama, mereka mempunyai komitmen peribadi.

* Saranan itu diketengahkan selepas anak lelakinya, Ivan meninggal dunia tahun lalu semasa berusia enam tahun ketika menjalani rawatan oleh perkhidmatan kesihatan awam.

* Cameron dan isterinya Samantha mempunyai dua orang anak kecil. Isterinya berharap untuk mendapatkan seorang lagi anak pada September ini.

Timbalan Perdana Menteri Britain: Nick Clegg

Ketua Parti Liberal Demokrat Britain yang dilantik ke jawatan tersebut bagi memecah kebuntuan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti kukuh dalam pilihan raya umum minggu lalu.

* Jawatan tersebut tidak mempunyai sebarang portfolio.

* Berusia 43 tahun dan menjadi Ahli Parlimen sejak 2005 sebagai wakil rakyat kawasan Sheffield Hallam, utara England. Mengambil alih kepimpinan parti pada Disember 2007.

* Boleh bertutur dalam lima bahasa dan tidak bersikap pro Kesatuan Eropah (EU).

* Mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan seorang peguam komersial berketurunan Sepanyol, Miriam.

Canselor Perbendaharaan (Menteri Kewangan): George Osborne

* Berusia 39 tahun dan merupakan rakan karib Cameron selain pemimpin kanan Parti Konservatif.

* Merupakan seorang ahli politik yang mahir dalam taktik politik.

* Berkahwin dengan Frances Howell iaitu anak seorang bekas menteri dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Setiausaha Luar:William Hague

* Ahli politik yang popular berusia 49 tahun daripada Parti Konservatif.

* Mencipta sejarah kerana berucap pada persidangan Parti Konservatif semasa berumur 16 tahun.

* Menjadi Ahli Parlimen di Richmond, utara England semasa berumur 28 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: