Wednesday, May 12, 2010

Pakar gerudi kedai emas tumpas


KEDAI emas di Gunung Rapat, Ipoh ini pernah menjadi sasaran Geng Gerudi pada 17 Januari lalu.


IPOH - Sekumpulan lima perompak yang merupakan pakar menggerudi 15 kedai emas dan pajak gadai tumpas apabila cubaan kali terakhir mereka untuk melarikan sejumlah barang kemas dari sebuah premis di Taman Ipoh Jaya di sini Ahad lalu dipatahkan polis.

Kejadian pukul 1 pagi itu berlaku apabila polis menerima maklumat mengatakan suspek-suspek tersebut sedang menggerudi dinding kedai di sebelah premis tersebut dengan membawa sebanyak 29 jenis peralatan serba canggih.

Difahamkan, kumpulan tersebut telah melakukan rompakan terancang di 15 buah kedai emas dan pajak gadai di seluruh negara sejak dua tahun lalu membabitkan kerugian mencecah RM10 juta.

Antara kawasan yang dipercayai menjadi mangsa kumpulan tersebut termasuk Ipoh, Kampar, Manjung di Perak, Pahang, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan dan Perlis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: