![]() |
| NANA dan Brian begitu teruja apabila diperkenankan Tuhan untuk bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. |
DALAM pada dunia hiburan dihujani dengan kisah sedih perceraian artis termasuk yang terbaru, pelakon Aida Radzwill, tiba-tiba Marilyn jadi gembira apabila mendapat tahu apa yang bakal dilalui dua figura yang dikenali ramai ini.
Pertama sekali tahniah buat penyampai radio XFm, Nana yang juga bekas pelajar program realiti TV, Akademi Fantasia kini sudah mengandung tiga bulan!
Marilyn dapat tahu bukan daripada orang lain tetapi daripada Nana sendiri, ehem, tapi dari blog peribadinya.
Dalam blog Nana itu, si cantik manis ini begitu teruja sekali kerana bakal bergelar ibu.
Dia menulis dalam blognya yang berbunyi: "Kalau korang ingat la, Maulidur Rasul yang lepas hari tu, 26 Februari Nana ada buat test sendiri kat rumah.. Pukul 4.30 pagi.. Hehehe.. Excitednya pasalkan..?
"Haaaaaaaa.. Nana rasa macam mimpi... Biar betul ada 2 line kan..? Sebab sebelum ni memang hampa dan Nana tak ada la letak apa apa harapan bila buat test ni hari tu.. Tapi jauh kat hati Nana, sikit memang la berharap.. Sape tak nak kan..?
"Nana rasa Nana tenung tester tu dekat nak 5 minit jugak la.. Macam tak percaya... Lepas tu Nana kejut MRB (suami)..
"Kita orang dah macam apa entah.. Blurr.. Nana nangis.. MRB terdiam.. Lepas itu dia senyum.. Alhamdulillah...
"Selepas itu dalam pukul 9 pagi Nana pergi klinik.. Just to make sure.. Mana la tau false alarm ke kan..? Huhuhu.. Bila doc scan, memang SAH! I'm PREGNANT!
"Masa check tu Nana pregnant 5 minggu. Happy rasa macam nak lompat lompat, jerit, jerit.. Rasa nak beritau satu dunia..
"Sekarang ni, Nana dah 14 minggu nak masuk 15 minggu.. 3 bulan lebih.. Alhamdulillah... Kepada yang doakan Nana tu, terima kasih yang tak terhingga.. Nana harap korang dapat share rasa happy Nana ni.. Kurniaan Allah yang Maha Esa yang tak ternilai harganya.. Syukur Ya Allah.. Aku bersyukur..
"Banyak cerita yang Nana nak share.. Masa dengar heart beat baby.. Ya Allah.. Happynye..."
Begitulah luahan kebahagiaan yang kini dialami Nana dan suami, Brian atau nama Islamnya, Muhamed Raqeem Brian (MRB) yang mula melayari bahtera perkahwinan sejak 6 Jun tahun lepas.
Menyentuh tentang hamil tiga bulan, ada seorang lagi insan terkenal yang juga hamil tiga bulan. "Ya, saya hamil tiga bulan!" demikian coretan Amber Chia menerusi laman blog terbarunya www.amberchia.tv yang dilancarkan baru-baru ini.
Model antarabangsa dan pelakon jelita itu dan suaminya, Adrian Wong tidak dapat membendung kegembiraan mereka lagi lalu menjadikan blog itu sebagai saluran rasmi untuk berkongsi dengan peminatnya mengenai berita gembira tersebut.
Pasangan itu baru melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia di Bali dan sekarang berita dia hamil menjadikan ia kegembiraan berganda buat pasangan ini.
Amber berkata, dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas perkahwinannya itu.
Detik tersebut katanya, dia ingin memberitahu semua orang mengenainya.
Namun, Amber dan Adrian mengambil keputusan untuk memfokus kepada majlis perkahwinan yang akan dikenang mereka sampai bila-bila.
Bagaimanapun, tahu dia menjadi perhatian ramai, Amber secara rasminya mengumumkan dirinya hamil tiga bulan pada satu sidang media di Petaling Jaya, Selasa lepas. Tahniah sekali lagi buat kedua-dua Nana dan Amber serta pasangan masing-masing.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: