Monday, May 10, 2010

Memupuk asas kepimpinan


SERAMAI 83 pelajar SBPI Gombak yang mengikuti Kem Kepimpinan PRS dan PPS di FRIM, Kepong baru-baru ini.


KEPONG 9 Mei – Kem kepimpinan merupakan satu kaedah berkesan untuk melahirkan pelajar yang dapat menerajui persatuan atau kelab yang disertainya.

Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak secara konsisten menganjurkan kem ini untuk kali kelapan sejak 2003.

Kem selama tiga hari dua malam ini berjaya mengajar pesertanya cara-cara menjadi seorang pemimpin yang baik dengan menerapkan unsur keyakinan, keberanian dan tanggungjawab melalui aktiviti yang dijalankan.

Manakala sesi pengucapan awam pula melatih peserta untuk berhujah secara tertib, yakin dan profesional di hadapan khalayak khususnya ketika acara rasmi.

Aktiviti lain ialah ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan, Operasi Burung Hantu dan dan Malam Serlah Potensi Diri.

Program di Kem Perah, Pusat Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) ini disertai 51 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan 32 Pengawas Pusat Sumber (PPS) SBPI Gombak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: