CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjangkakan menerima lebih banyak aduan tahun ini dengan angkanya mungkin melepasi bilangan aduan tahun lepas sebanyak kira-kira 6,000.
"Kami mendapati pengguna kini mahukan kualiti perkhidmatan yang lebih baik, lebih nilai untuk wang dan pakej khusus. Ia jelas berdasarkan jumlah aduan yang diterima.
"Aduan tidak bermakna perkhidmatan semasa yang disediakan semakin teruk. Ia sebenarnya isyarat daripada pengguna supaya penyedia perkhidmatan bekerja lebih keras dalam memenuhi kehendak mereka,'' kata Pengerusi MCMC, Tan Sri Khalid Ramli.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: