![]() |
| |
TIDAK mahu lama bersendirian, menjadikan Maia Ahmad menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman jandanya.
Namun hasrat Maia itu tidak mungkin akan
tercapai dalam masa terdekat kerana kes
penceraiannya dengan Ahmad Dhani masih tersangkut di Mahkamah Agung.
Sejak dua tahun lalu Maia dan Ahmad Dhani sudah tidak tinggal sebumbung malah telahpun bercerai, cuma belum diputuskan secara sah oleh mahkamah.
Kebelakangan ini terdengar khabar Maia sedang rapat dengan seorang usahawan berasal dari Kalimantan. Mungkinkah Maia akan menamatkan zaman sendirinya dengan usahawan ini? Namun apabila diminta pengesahan, Maia tidak mahu menyatakan hal yang sebenarnya dan hanya mengungkapkan yang dia kini sedang mencari seseorang yang sesuai.
Menurut Maia, jika ingin berkahwin, dia ingin berkahwin secara sah dan bukannya nikah siri kerana dia tidak mahu mencari lebih banyak masalah dalam hidupnya. Oleh itu, Maia harus menunggu hingga kes penceraiannya dengan Ahmad Dhani selesai dahulu.
Bercerita tentang hubungannya dengan Ahmad Dhani, kata Maia mereka masih berbaik seperti dulu cuma masih wujud keterbatasannya untuk bertemu dengan anak-anaknya iaitu Al, El dan Dul. Sehingga sekarang, Maia mengakui agak sukar untuk mendapat kebenaran Ahmad Dhani untuk membawa anak-anaknya keluar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: